Kita mungkin menggunakan termometer merkuri untuk menjalankan eksperimen di makmal sekolah. Sekiranya termometer merkuri pecah, kita menghadapi risiko tumpahan merkuri walaupun dengan kuantiti minimum kerana ia tidak stabil pada suhu bilik dan wap merkuri boleh meracuni udara. Jangan sentuh tumpahan merkuri kerana ia boleh menyerap ke dalam badan kita melalui kulit.
Gejala keracunan merkuri ialah :
- Loya
- Batuk
- Muntah
- Cirit-birit
- Sakit dada
- Sakit tekak
- Kesukaran bernafas
- Sakit mata
- Kerengsaan mata
- Masalah pengelihatan
- Peningkatan tekanan darah
- Maklumkan kepada guru atau pembantu makmal mengenai kemalangan itu.
- Pastikan tingkap dan pintu makmal sains dibuka supaya terdapat peredaran udara yang cukup.
- Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan.
- Taburkan serbuk sulfur atau zink ke atas merkuri untuk melitupi tumpahan.
- Penyedut vakum boleh juga digunakan untuk membersihkan tumpahan merkuri.
- Hubungi pihak bomba untuk tindakan selanjutnya.
- Jauhkan dari sumber merkuri untuk mengelakkan pendedahan lebih lama.
- Pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Rujukan :
https://www.petronas.com/pcg
.jpg)

0 Comments