Peraturan Makmal Sains Sekolah


Ketahui beberapa perkara yang di benarkan dan di larang dalam makmal sains.

Sebelum masuk ke makmal sains.
  • DILARANG masuk tanpa kebenaran guru.
  • DILARANG bawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.

Ketika di dalam makmal sains.
  • DILARANG berlari atau bermain di dalam makmal.
  • DILARANG makan atau minum di dalam makmal.
  • DILARANG merasa atau menghidu sebarang bahan kimia.
  • DILARANG menyentuh sebarang bahan kimia dengan tangan tanpa perlindungan.
  • DILARANG menjalankan sebarang eksperimen tanpa kebenaran.
  • DILARANG membawa keluar radas dan bahan kimia dari makmal.
  • DILARANG menghalakan mulut tabung didih kepada rakan semasa pemanasan bahan kimia.
  • PAKAI peralatan perlindungan diri semasa menjalankan eksperimen
  • FAHAMI semua arahan sebelum memulakan eksperimen.
  • BACA semua label dan simbol keselamatan pada botol sebelum menggunakannya.
  • JAUHKAN semua bahan kimia daripada api.
  • IKAT rambut atau kemaskan pakaian untuk elakkan daripada terkena api.
  • GUNAKAN jumlah bahan kimia yang diperlukan sahaja.
  • GUNAKAN peralatan elektrik dengan tangan yang kering

Tindakan yang perlu di lakukan apabila berlaku kecemasan semasa di dalam makmal sains.
  • Tahu alat perlindungan diri dan keselamatan serta cara menggunakannya.
  • Segera basuh dengan air yang banyak jika bahan kimia bersentuhan dengan mata, kulit atau pakaian.
  • Keluarkan bahan kimia dari mulut dan kumur dengan air yang banyak jika tertelan bahan tersebut secara tidak sengaja.
  • Laporkan sebarang kecederaan atau kemalangan kepada guru secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan.

Sebelum keluar dari makmal sains.
  • BERSIHKAN dan kemas semua peralatan yang telah digunakan.
  • KEMBALIKAN semua peralatan yang telah digunakan ke tempat asal.
  • LUPUS semua bahan kimia yang telah digunakan seperti yang diarahkan oleh guru.
  • DILARANG membuang bahan kimia yang telah digunakan ke dalam sinki.
  • BASUH tangan anda dengan sabun dan air setelah selesai.


Rujukan :
https://www.petronas.com/pcg

Post a Comment

1 Comments